Thursday, July 18, 2013

PMS TAWAR 650 TEMPAT SESI JUN 2013

Politeknik Muadzam Shah menawarkan 650 tempat untuk Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dan Lepasan Sijil Politeknik/Kolej Komuniti bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian bagi Sesi Kemasukan Jun 2013 berdasarkan dari norma ambilan pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik.  Sehingga kini lebih daripada 90,000 permohonan diterima dari kumpulan lepasan SPM. Bilangan ini menunjukkan peningkatan di dalam menjadikan politeknik sebagai pilihan pertama pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka.


Selain daripada menawarkan program yang berdaya saing, PMS juga dalam usaha untuk mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan agensi kerajaan dari dalam dan luar Negara. Sebahagian besar pelajar ini memilih Politeknik kerana program pengajiannya bersesuaian dengan keperluan industri dan memudahkan pelajar bersaing di dalam pasaran kerja. Pelajar lulusan politeknik KPT ini juga berpeluang untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah di Universiti2 tempatan

JANGAN SILAP MEMILIH PROGRAM


Kesilapan memilih program pengajian  yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan ketika mengisi borang Unit Pusat Universiti (UPU) secara online menyebabkan ramai yang tidak terpilih untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sikap suka ikut kawan selain cenderung memohon program yang popular atau kompetitif di IPTA sekalipun memiliki kelayakan yang rendah serta tidak memenuhi syarat khas yang ditetapkan oleh institusi berkaitan turut dikatakan mempengaruhi kegagalan.

Calon lepasan SPM terutamanya seharusnya bijak memilih program yang bersesuaian dengan kelayakan mereka jika ingin merebut tempat di IPTA. Ini kerana ramai calon kurang meneliti syarat khas sesuatu program yang ditetapkan bagi pengajian yang dipohon melalui e-panduan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajardi Jabatan Pengajian Tinggi. Calon ternyata lebih cenderong memilih program mengikut sesuka hati mereka meyebabkan ada yang tidak dapat tawaran kerana tidak memenuhi syarat am yang telah ditetapkan. Selain itu calon juga mungkin kurang mendapatmaklumat yang tepat dan terkini daripadaguru bimbingan dan kaunselingberhubung dasar serta prosedur untuk permohonan ke IPTA.

Semua ini adalah faktor yang seringkali mempengaruhi dalam membuat pilihan jurusan di IPT kelak. Kehendak, Keupayaan dan Minat. Dan apakah penyelesaian kepada perkara ini. Bagaimana mahu membuat keputusan dan pilihan yang tepat? Jawapannya terletak dalam diri anda sendiri. Tepuk dada tanya selera. Mengikut kehendak peribadi, ibubapa atau pasaran? Memanipulasi keupayaan diri yang dianugerahkan atau meneruskan minat pada sesuatu perkara? Walau apapun jurusan yang dipilih, diploma itu akan kekal menjadi 'Hanya Sekeping Kertas' jika ianya tidak diisi dan dicoret dengan sempurna.